Sunday, March 27, 2011

Rezeki Itu...

Beberapa hari ni aku dapat rasakan kebenaran kata-kata REZEKI ITU MILIK ALLAH..
Kalau ada untuk kita, InsyaAllah akan dapat, kalau tidak mungkin dilewatkan sedikit tapi kita tak mahu mungkin lebih afdal..

Sabar dan berusaha serta berdoa

Tuesday, January 11, 2011

Jiwa Seorang Penulis

dah lama x update.. namun jiwa penulis tetap dalam diri...
menyimpan segala rasa supaya satu ketika terluah di arena...
aku menulis bukan untuk siapa-siapa
biar melepas rasa di jiwa
namun tiada berniat menyentuh hati sesiapa
apatah lagi melukai atau mengasari

Namun jiwa ini tersentak pabila membaca
paparan-paparan manusia tak berjiwa
mendera dan menyiksa
anak kecil jadi mangsa
atas kerapuhan iman didada
di kala itu
akal tiada lagi kerna digoda
nafsu serakah antara dua manusia
dendam membara memenuhi dada
merembeskan rasa geram semata

Ya Allah...
makin hilang erti kasih di dunia
kerana manusia mengejar harta benda
pangkat dan RM menjadi utama
kuasa ada di mana-mana
anak tidak disayangi sepatutnya
malah sanggup mengungkap kan kata-kata
yg tidak sengaja menjadi doa
pada anak yg tidaklah seteruk mana...

erm.....

Wednesday, June 23, 2010

Mengkisahkan Kisah

Dalam masa kebelakangan ini, macam-macam insiden yang berlaku mencuit jiwaku
Tentang kehidupan manusia.. Yang datang ke dunia.. yang pergi meninggalkan dunia..
Adakah kita bersedia? Bersedia atau tidak, andai telah tiba masanya semua akan hilang dari nyata

Erm. aku? lihat semula dalam diriku...
Aku masih 'miskin' ibadah
miskin ilmu...

Masih mencari dan mencari..
Satu demi satu pencarian daku jumpai..
terutama kebahagiaan dalam rumahtangga
Aku amat bersyukur dengan penemuan ini

Nyata kesabaranku melalui segala dugaan Allah berhasil
Benar

Allah itu maha PENGASIH
Dia uji dan duga untuk beri yang terbaik
Akhirnya aku bertemu juga seorang lelaki yang baik.. SUAMIku
dan anakku yang telah di ambil Allah- Muhammad Aidil Adha.. menantiku di pintu syurga... janjinya akan memimpinku ke dalam syurga Allah... InsyaAllah...

Dan puteri manjaku yang comel..
Buah cinta pengarang jantung kami..
Semuanya indah belaka
Namun aku
Masih lagi di cengkam kemiskinan
Miskin menilai kurniaan Allah
Miskin mensyukuri nikmat Allah
Miskin dalam kealpaan..
ALLAH....

Aku mohon agar kau tunjukkan jalan kebenaran buatku..
Berikan aku KEKAYAAN hati...
dan cinta PADAMU..

Saturday, June 19, 2010

Menghilang.. dan Diam

Daku lama sangat tak update.. sebab

Banyak sebab..
Aku mengandung.. dan telah melahirkan putri comel..

Kini usianya dah 6 bulan...

Dan semakin aktif menulis sinopsis
cuma belum ada rezeki, projek belum dapat...

Saturday, August 1, 2009

Perginya Yasmin Ahmad


Al Fatihah buat Yasmin Ahmad
Daku suka kak Min ni
Dia seorang yang tinggi budi bahasa dan rendah diri
Langsung tak reti nak belagak.. pada aku la
Biar apa org kata pada dia tapi bagiku.. Yg dah pergi bertemu yang Esa.. biarlah dia bersemadi dengan aman di sisi Allah Rabbul Izzati

Al Fatihah....

Friday, July 3, 2009

Hehehehe.. Nama Saya...




Dah lama daku nak letak ni...


Erm.. perasaan tak dapat nak gambarkan ketika kali pertama nampak nama kita kat skrin tv




dengan gumbira daku snap gamba


hehehehehe




Ni adalah utk drama bersiri daku..


Yg Telemovie dulu daku tak amik pun, CD pun produser kokak tu tak nak bagi daku


kedekut taik idung masin

Thursday, July 2, 2009

Suami Curang

Tadi di pejabat daku dapat satu panggilan dr seseorang
dia luahkan perasaan suami dia nak nikah lagi satu
aduh kesiannya
napa leh jadi gitu...

Suaminya mintak izin nak nikah lagi satu
erm.. pastu nak bawak pompuan tu balik dok serumah dengan dia
kehidupan ini adakalanya terlalu kejam dan org yg paling kejam adalah yg paling rapat dengan kita
daku rasa betul2 tak patut..

Apapun daku mintak dia buat solah istikharah.. malam ni malam jumaat