Friday, February 27, 2009

Air Mataku Menitis..

Hari ini air mata aku menitis buat kesekian kalinya
Aku menangis di tempat kerja
Bukan kerana sedih
Tapi kerana terlalu marah
Aku rasa aku diperlakukan secara tidak adil
Aku rasa kesabaranku dicabar dengan begitu tragis
Inilah dinamakan manusia
Andai manusia lain sabar
Dia akan terus menekan dan menekan
Sehingga terhakisnya kesabaran itu

Sampai tahap ini aku sudah tidak tahan
Aku nekad kali ini..
Hanya masa yang akan menentukan
Moga Allah beri kekuatan pada diriku
Amin..

Titisan Hujan

Titisan hujan ni selalu ditafsirkan dengan pelbagai presepsi dan penerimaan
Semalam daku buka mata.. lebih kurang pukul 2.00am macam tu
Aku terdengar titisan hujan yang jatuh ke atas bumbung awning sebelah bilik tidurku
Aaaaa hujan... sedapnya tidur.. tarik selimut. Aku sambung tidur dengan nyenyak dan nikmat sekali

Pagi ni masa kat bus stop hujan turun lagi..
Lebat plak tu..
Alamak hujan.... cemana nak dapat teksi ni
hatiku mula berkata-kata..
Sebelah imanku kata..Jangan bicara begitu, kerana semalam titisan hujan tu beri nikmat padamu
Sekejap bas pun datang.. dalam bas penuh sesak makhluk TUhan bernama Manusia..
Yang semuanya nak keluar mencari rezeki, mencari sesuap nasik.
Pada telahanku mereka lebih jauh perjalanan.. majoritinya ke KL seperti suamiku
Mereka lebih awal berada di dalam bas itu, walaupun jam di HPku menunjukkan 7.20am
Pukul berapa mereka naik bas agaknya?? Mungkin sama dengan suamiku
So .. apa yang aku keluhkan.. bukan aku sorang naik bas..
Macam sardin dan padat gile bas tu..
Bayangkan aku boleh terasa degupan jantung manusia yg berada di belakangku
Betapa sardinnya..

Sampai di jalan besar
Aku turun.. hanya aku seorang, bas sardin meninggalkan aku dalam hujan lebat
Tapi tak apa.. aku ada payung
Aku tahan teksi utk masuk ke pejabatku yg sejak 30 tahun dulu dah ada kawasan tu tapi mmg takde bas
Satu--dua--tiga-- sampai ke sepuluh
semuanya dah ada orang
Sampai ke teksi yg keberapa belas aku tak ingat
Rupanya Pak Cik yg selalu hantar aku, hakikatnya dia lalu di kawasan rumah aku sebelumnya kerana menghantar cucu kesekolah.
Kalau aku tak naik bas sardin tadi, sudah pasti aku naik teksinya
Tapi tak apalah.. Allah dah tentukan aku naik bas sardin
Pak Cik cerita psl susahnya cari makan bawak teksi
Sekali lagi aku bersyukur aku ada pendapatan tetap walaupun tak banyak aku keje tepat 8 jam kadang2 je lebih sejam kalau aku sampai awal
Pak Cik terpaksa kerja 17 jam untuk dapatkan rezeki di bawa balik ke rumah, sewa teksi, isi gas makan dan minum dia...
Allah berkati Pak Cik... yang sudi menghantar TitisanJiwa ke pejabat dengan tujuan yang sama mencari rezeki

Ermm.. betapa sinonim rahmat Allah SWT dengan hujan dan rezeki.. sebab itu org kata hujan bawa rahmat.. Aku belajar untuk jadi insan yg lebih bersyukur
Sampai di pejabat tepat jam 8.00am
suamiku sms.. dia baru sampai kat Balai Polis Petaling.dah sejam dia menyadinkan diri dalam bas
Sekali lagi Allah berkati suamiku.. yang berjuang mencari sesuap nasi untuk kami..
Aku bersyukur lagi...
Akiba lambat masuk kerja, aku jangka dia akan masuk pukul 9.00am nanti..kerana dia perlu ambil LRT lagi....aku tgh tulis ni dia sms lagi baru sampai brickfield 8.25am
bayangkan dia naik bas 6.50am tadi

Allah tingkatkan kesabaran hambamu yang kerdil
Bagi yang membaca blog ini..adakah anda sama seperti aku.. yang kurang bersyukur dengan nikmat Allah dan sentiasa meminta yang lebih sedangkan untuk Allah.. belum tentu ukurannya kita laksanakan..
Subhanallah..Walhamdulillah..WallailahaillahhaWallahuAkbar...

Thursday, February 26, 2009

Perempuan Berlagak

Tajuk macam aku bencikan seseorang kan?
Takde lah..
Aku mana pandai benci kat orang..
Sampai hubby pun kata hati aku macam agar-agar
Sampai org sms kat aku hina dan kutuk aku, aku boleh senyum dan balas dengan kalimah yang begitu sedap di dengar..lemak merdu lagi

Hehehe sampai org tu hilang akal nak mengata aku lagi
Takpela tu cerita lama..
Dah berkubur..
Ni nak citer pasal perempuan yang berlagak
Aku agak tak suka dengan siapapun yang berlagak, ego, sombong atau perkara yang sewaktu dengannya
Bagi aku orang yang berlagak ni taksedar diuntung
Dia pun sama je menumpang di bumi Allah
Mungkin ya la dia sombong sebab cantik ke, kaya ke, laki dia kaya ke, hensem ke WHATEVER la kan

Aku agak terEMOSI tgk citer SPA Q sebenarnya
watak2 pompuan dalam tu eksyen giler
apsal pompuan digambarkan sebegitu rupa..
Betul ke dalam donia ni suma org berlagak ya amat
Ayuuuuu nyampah la mak camni tau..

Aku terusik scene Norell sergah Marlia
sedangkan dia yg bersalah curik duit SPA Q

erm.. si Sofiera tu lak penghasut
eii dalam hidup aku tak penah le jumpa lagi wanita2 berwatak macam dalam SPA Q ni
sampai daku heran apa betul ke ada manusia camgini
Hrm... apa lagi aku nak cakap eh..

Amugerah Dari Kegagalan..

Terdengar Lagu Dato' Shake
Anugerah Dari Kegagalan

Nice sentence
nanti leh buat tajuk drama..
Macam-macam yang kita leh dapat dari sebuah kegagalan..

Wednesday, February 25, 2009

Berbicara Dengan Alam










Akhir-akhir ni hujan turun setiap hari
Samada masa aku nak gi keje atau nak balik keje
Ermm...ni lah dugaan hidup aku yang tak punya kenderaan sendiri
Naik turun bas macam ni
Pagi tadi tahan taxi semua tak nak hantar aku,
Sebab dekat sgt..diorang nak hantar yg jauh2
Lagipun ramai yang nak teksi

Sebagai hambaNya aku redha je la

Nasib Seorang Penulis

Hrm.. nak luahkan perasaan..
Macam ni lah nasib seorang penulis..
Bila keje dah selesai tapi payment buat-buat tak tahu
Dah janji 3 minggu, punya la siksa tunggu 3 minggu
sampai saat aku kene marah sbb mintak hak aku...
Erm.. Ya Allah ya Tuhanku..
Hanya kau lah dapat mengubah segalanya
Amin..

Tuesday, February 24, 2009

Skrip

Tadi Razim call tanya nak tak joint dia buat skrip Pasir Salak
Aku nak ajer lah.. hehehe
tapi aku kene bincang dengan dia
dia nak cari 5 writer semuanya colaborasi dengan dia
Aku okay je..

InsyaAllah ada rejeki kami

Sunday, February 22, 2009

Suami Oh Suami

Tadi agak bosan.. cerita kat TV tak best
Bukak nternet, citer dan luahan hati wanita tentang suami
Erm.. ada yang suami selalu tak cukup duit, ada yang suami terlalu sibuk,
ada yang suami tak tolong keje umah, ada lak suami suka layan pompuan lain..

Bila baca semua tu aku rasa syukur sgt sebab suami aku cukup sederhana dan selama ini cukup segalanya dari segi layanan
Kami berjanji biar susah kami bersama..
Tak payah la kaya sangat, andai kekayaan menjarakkan kami
Apa yg aku baca, wanita-wanita tu hidup mewah, ada segalanya yg aku tiada
Tapi terpaksa digalang ganti dengan kesibukan suami..
Ya la.. dalam hidup ni kita tak boleh dapat semuanya
Sebab tu kita diberi akal untuk berfikir
Iman sebagai penguat jiwa...
Baik bersyukur dari merungut.. kerana ia bakal merosakkan jiwa..

Wanita Oh Wanita

Lately di kaca TV banyak sangat kes tuntut menuntut..
Bukan lah aku ni nak jadi penyibuk.. Tapi bila aku tengok keberanian wanita ni dah macam lain jer..
Dah berlawan dengan lelaki..
Ish.. menakutkan...
Macam selari dengan cerita yang aku buat
Wanita yang terasa bijak, menyuarakan dan melaungkan hak
Sampai satu tahap memprovoke hingga lelaki tak mampu diam lagi
Akhirnya lelaki bersuara
Apabila lelaki mula bersuara
Yang terbongkar hanyalah rahsia
Yang membuka keaiban belaka
Kenapa harus jadi begitu...
Sedangkan semua dulu indah belaka
Ini agaknya pesanan ibuku
Sejak aku kecil dulu
Jangan terlalu kuat melatah, Jangan kuat sangat memberontak
Jangan selalu sangat bersuara
Kerana semuanya bakal memakan diri
Wanita yang bijak adalah wanita berilmu
Ilmu rumahtangga sebelum melangkah ke arahnya
Ilmu memikat suami ketika berada dipermulaannya
Ilmu mendidik anak-anak ketika selesa berada di sana
Ilmu begini senantiasa mendaulatkan suami
Andai meletakkan suami di tempat yang pertama..
Allah akan senantiasa pelihara
jiwan dan segala isi rumahtangga
Amka keberkatan sentiasa bersama
Kebahagiaan berpanjangan selamanya
Amin...
Terima kasih ibuku kerana memberiku didikan rumahtangga
ditambah dengan pengisian contoh wanita dikasihi selamanya
Aku bukan sempurna
Namun aku nampak jalan-jalannya
Andai Allah menduga Itu tanda kasih dan sayangnya
Bukanlah salah siapa-siapa
api hikmah adalah untuk kita..
Amin..

Dia tu..

Semalam aku kisahkan pada suami tentang dia tu
Sejak mula aku jumpa dia, dia mmg macam tu
Bila aku jumpa lagi, dia dah berubah, penampilan dia mengalahkan artis
Tapi kan yg tak berubah hanyalag perangai dia tu
Kenapa mesti berlagak?
Eksyen dia semacam beb..
Lalu suami berpesan padaku
Sayang nanti kalau dah berjaya sebagai penulis, jangan lah jadi macam tu
Jangan cepat lupa diri
Ingatlah bahawa kita tetap manusia biasa
Allah yang memberi ilham..
Kita jalankan tanggungjawab menulis untuk memberi mesej kepada penonton
Agar penonton dapat pengajaran
Kita perlu ada wadah perjuangan
Bukan macam artis yg mengejar glamour
sudahnya apa pun tak ada
InsyaAllah aku ingat pesanan suami..
Pesanan tu buat aku kata pada diriku
Alangkah ruginya kalau aku berlagak macam dia
kerana ia akan menutup peluang buat kita
Andai merasakan diri kita sudah bijak.. sudah tentu orang tak nak ajar lagi..

Semalam juga aku tgk drama dia
First dan second scene dah buat aku rasa jemu..
Pendek kata membuatkan tangan mencari remote nak tukar channel
Ini yg ditakuti oleh seorang penulis
itu tanda kegagalan kita menarik minat orang
Ada benar kata Mat London
1st scene mesti ada JUMP supaya menarik minat penonton MELEKAT pada cerita kita
Dan jangan sesekali memperbodohkan penonton dengan scene scene bodoh
dan kalau nak buat lawak, biar lawaknya spontan..jangan lawak bodoh
Aku tak taulah kalau cerita tu bagus, sebab aku tak tgk pun sampai habis
Tapi suamiku tak putus asa, dia bukak semula channel tu dan sambung tgk lagi
Tapi amat mengecewakan, dah setengah jam pun belum jumpa inciting incident habis tu nak kata apa..
Tutup je la TV
kalau itu lah hasilnya... erm.... compare dengan sikap dia masa aku jumpa...
Bak kata Nabil.. Lu PK la sendrik!!

Saturday, February 21, 2009

Cinta Rama-Rama

Drama Bersiri aku yang bertajuk Cinta Rama-Rama akan mula ditayangkan mulai 10 Mac 2009. Pada pukul 1.30-2.00 petang di TV2. ..Erm...setelah sekian lama.. dah setahun RTM lulus baru dapat on air akhirnya..
Alhamdulillah.. syukur ke hadrat Ilahi dan aku berdoa agar bila cerita ni kuar akan bertambah network aku dan bertambah job untuk aku.. Amin..

Semua penonton saksikanlah kisah cinta remaja..ini. Banyak konflik dan mainan perasaan
Arahan Ahmad Ibrahim atau Mat London..

Friday, February 20, 2009

Mimpi

Semalam daku mimpi..
ada org tu kata pada aku dengan ayat dibawah:

Ingat yea.. ada orang tengah tgk awak, dia minat awak tau...

Gila.. nasib baik mimpi

Hati Yang Patah

Tadi satu insiden berlaku
Seorang gadis menangis dan nak ambik cuti
bila ditanya...
Rupanya BF dia nak break-off
erm.... kesian..

Thursday, February 19, 2009

Lega..

Harini baru la dapat menarik nafas lega
pitching dah habis..
Kalau ada rezeki aku Alhamdulillah

Dia Penulis

Aku terjumpa kembali dengan penulis tu..
Erm.. dah tukar gaya la
dia dah benti keje dah jadi full time penulis

satu je tak berubah...

hehehe cara dia cakap.. ada xyz sikit.. hehehehe

Tuesday, February 17, 2009

Sabar Dengan Dugaan

Dalam sekelip mata, macam-macam dugaan yang melanda manusia
Perkara yang tak pernah disangka sering terjadi pada kita
Dalam sehari sahaja kita telah ditakdirkan mengubah satu kehidupan

Begitu juga dengan aku
Andai rezeki itu ada InsyaAllah, kerana satu pertemuan aku akan dapat rezeki dan erzeki yang berterusan..

Aku agak penat..
Aku agak letih

dengan pitching di rtm yang padat
Lagi dgn tugasku di pejabat

Kenapa ini berlaku pada aku?
kerana aku telah memilih begini
Inilah soalan yg ditanya dan dijawab oleh Titisan Jiwaku
Apa yang aku boleh buat?

Aku minat..

Monday, February 16, 2009

Hidup Penuh Drama

Hidup ini penuh dengan drama
Konflik yang menimpa memberi keinsafan dan meningkatkan lagi taraf seseorang insan

Sejak Bila..

Aku pun tak tahu sejak bila ia bermula..
Sejak kecil aku suka memendam perasaan
Banyak bende yang aku tak puas hati dalam hidup ku
Tapi aku tak suka memberontak..
Aku suka diam dan biarkan saja ia berlalu dari hidupku

Walau.. ianya pahit.. aku redha dan sabar
Hinggalah kini,
Bagaikan semua yg kupendam kan
Jadi ilham untukku..
Agar kujadikan sumber ilham
kuadaptasikan di dalam ceritaku

Menjadi satu skrip drama
Kusisipkan mesej di dalamnya
Agar jadi pedoman manusia..

Aku Seorang Penulis

Dah lama aku teringin nak buat blog khas untuk memorikan perjalanan hidupku sebagai seorang penulis..

Aku mewakili siapa sahaja untuk menulis dan menulis..
Akan aku suarakan dan luahkan apa saja perasaan dan mesej kepada mereka diluar sana