Sunday, March 27, 2011

Rezeki Itu...

Beberapa hari ni aku dapat rasakan kebenaran kata-kata REZEKI ITU MILIK ALLAH..
Kalau ada untuk kita, InsyaAllah akan dapat, kalau tidak mungkin dilewatkan sedikit tapi kita tak mahu mungkin lebih afdal..

Sabar dan berusaha serta berdoa

Tuesday, January 11, 2011

Jiwa Seorang Penulis

dah lama x update.. namun jiwa penulis tetap dalam diri...
menyimpan segala rasa supaya satu ketika terluah di arena...
aku menulis bukan untuk siapa-siapa
biar melepas rasa di jiwa
namun tiada berniat menyentuh hati sesiapa
apatah lagi melukai atau mengasari

Namun jiwa ini tersentak pabila membaca
paparan-paparan manusia tak berjiwa
mendera dan menyiksa
anak kecil jadi mangsa
atas kerapuhan iman didada
di kala itu
akal tiada lagi kerna digoda
nafsu serakah antara dua manusia
dendam membara memenuhi dada
merembeskan rasa geram semata

Ya Allah...
makin hilang erti kasih di dunia
kerana manusia mengejar harta benda
pangkat dan RM menjadi utama
kuasa ada di mana-mana
anak tidak disayangi sepatutnya
malah sanggup mengungkap kan kata-kata
yg tidak sengaja menjadi doa
pada anak yg tidaklah seteruk mana...

erm.....