Saturday, June 19, 2010

Menghilang.. dan Diam

Daku lama sangat tak update.. sebab

Banyak sebab..
Aku mengandung.. dan telah melahirkan putri comel..

Kini usianya dah 6 bulan...

Dan semakin aktif menulis sinopsis
cuma belum ada rezeki, projek belum dapat...

Saturday, August 1, 2009

Perginya Yasmin Ahmad


Al Fatihah buat Yasmin Ahmad
Daku suka kak Min ni
Dia seorang yang tinggi budi bahasa dan rendah diri
Langsung tak reti nak belagak.. pada aku la
Biar apa org kata pada dia tapi bagiku.. Yg dah pergi bertemu yang Esa.. biarlah dia bersemadi dengan aman di sisi Allah Rabbul Izzati

Al Fatihah....

Friday, July 3, 2009

Hehehehe.. Nama Saya...




Dah lama daku nak letak ni...


Erm.. perasaan tak dapat nak gambarkan ketika kali pertama nampak nama kita kat skrin tv




dengan gumbira daku snap gamba


hehehehehe




Ni adalah utk drama bersiri daku..


Yg Telemovie dulu daku tak amik pun, CD pun produser kokak tu tak nak bagi daku


kedekut taik idung masin

Thursday, July 2, 2009

Suami Curang

Tadi di pejabat daku dapat satu panggilan dr seseorang
dia luahkan perasaan suami dia nak nikah lagi satu
aduh kesiannya
napa leh jadi gitu...

Suaminya mintak izin nak nikah lagi satu
erm.. pastu nak bawak pompuan tu balik dok serumah dengan dia
kehidupan ini adakalanya terlalu kejam dan org yg paling kejam adalah yg paling rapat dengan kita
daku rasa betul2 tak patut..

Apapun daku mintak dia buat solah istikharah.. malam ni malam jumaat

Wednesday, April 8, 2009

Cerita..

Macam- macam cerita yang berlaku di sekeliling hidup aku
Tapi aku tak tahu nak ambik yang mana dibuat skrip

Erm.. citer dan kisah biasa yg macam klishe....

Thursday, April 2, 2009

Nasib Seorang Isteri

Beberapa harini daku buat research di internet
Kesian dengan nasib malang isteri2 yang tidak dilayani dengan adil oleh suami mereka
Dan aku amat bersyukur dikurniakan suami yang baik.. Mentua yg baik..dan penyayang..

Agak-agaknya kenapa semua ini terjadi?
Dimana silap dan salah?
Apakah ini harga yg perlu dibayar untuk menjadi seorang isteri...
Erm...Simpati lagi pada Sham..

Nak Hidup....

Lama dah tak menulih sebab kat umah internet sedikit mengong..
Harini daku terpikir.. Manusia ni kadang tu sanggup buat apa saja untuk hidup..
Nak lepaskan tengkuk sendiri sanggup patahkan tengkuk orang
Dan Allah itu maha pengasih.. naluri ku dah dapat rasakan denyutan dan gelodak perasaan org itu..
Sejak 2 minggu daku cuba mengelak dan buat derkk bila dia cerita psl org tu org ni kat aku...
Akhirnya tadi aku tercium juga bila boss aku kata
Start from today, if anybody do not follow my instruction, somebody will be fired!

sapa lagi tu? aku la kan?? tapi aku tak takut langsung sebab aku tak buat salah!!
Aku relax ja..