Friday, February 27, 2009

Air Mataku Menitis..

Hari ini air mata aku menitis buat kesekian kalinya
Aku menangis di tempat kerja
Bukan kerana sedih
Tapi kerana terlalu marah
Aku rasa aku diperlakukan secara tidak adil
Aku rasa kesabaranku dicabar dengan begitu tragis
Inilah dinamakan manusia
Andai manusia lain sabar
Dia akan terus menekan dan menekan
Sehingga terhakisnya kesabaran itu

Sampai tahap ini aku sudah tidak tahan
Aku nekad kali ini..
Hanya masa yang akan menentukan
Moga Allah beri kekuatan pada diriku
Amin..

Titisan Hujan

Titisan hujan ni selalu ditafsirkan dengan pelbagai presepsi dan penerimaan
Semalam daku buka mata.. lebih kurang pukul 2.00am macam tu
Aku terdengar titisan hujan yang jatuh ke atas bumbung awning sebelah bilik tidurku
Aaaaa hujan... sedapnya tidur.. tarik selimut. Aku sambung tidur dengan nyenyak dan nikmat sekali

Pagi ni masa kat bus stop hujan turun lagi..
Lebat plak tu..
Alamak hujan.... cemana nak dapat teksi ni
hatiku mula berkata-kata..
Sebelah imanku kata..Jangan bicara begitu, kerana semalam titisan hujan tu beri nikmat padamu
Sekejap bas pun datang.. dalam bas penuh sesak makhluk TUhan bernama Manusia..
Yang semuanya nak keluar mencari rezeki, mencari sesuap nasik.
Pada telahanku mereka lebih jauh perjalanan.. majoritinya ke KL seperti suamiku
Mereka lebih awal berada di dalam bas itu, walaupun jam di HPku menunjukkan 7.20am
Pukul berapa mereka naik bas agaknya?? Mungkin sama dengan suamiku
So .. apa yang aku keluhkan.. bukan aku sorang naik bas..
Macam sardin dan padat gile bas tu..
Bayangkan aku boleh terasa degupan jantung manusia yg berada di belakangku
Betapa sardinnya..

Sampai di jalan besar
Aku turun.. hanya aku seorang, bas sardin meninggalkan aku dalam hujan lebat
Tapi tak apa.. aku ada payung
Aku tahan teksi utk masuk ke pejabatku yg sejak 30 tahun dulu dah ada kawasan tu tapi mmg takde bas
Satu--dua--tiga-- sampai ke sepuluh
semuanya dah ada orang
Sampai ke teksi yg keberapa belas aku tak ingat
Rupanya Pak Cik yg selalu hantar aku, hakikatnya dia lalu di kawasan rumah aku sebelumnya kerana menghantar cucu kesekolah.
Kalau aku tak naik bas sardin tadi, sudah pasti aku naik teksinya
Tapi tak apalah.. Allah dah tentukan aku naik bas sardin
Pak Cik cerita psl susahnya cari makan bawak teksi
Sekali lagi aku bersyukur aku ada pendapatan tetap walaupun tak banyak aku keje tepat 8 jam kadang2 je lebih sejam kalau aku sampai awal
Pak Cik terpaksa kerja 17 jam untuk dapatkan rezeki di bawa balik ke rumah, sewa teksi, isi gas makan dan minum dia...
Allah berkati Pak Cik... yang sudi menghantar TitisanJiwa ke pejabat dengan tujuan yang sama mencari rezeki

Ermm.. betapa sinonim rahmat Allah SWT dengan hujan dan rezeki.. sebab itu org kata hujan bawa rahmat.. Aku belajar untuk jadi insan yg lebih bersyukur
Sampai di pejabat tepat jam 8.00am
suamiku sms.. dia baru sampai kat Balai Polis Petaling.dah sejam dia menyadinkan diri dalam bas
Sekali lagi Allah berkati suamiku.. yang berjuang mencari sesuap nasi untuk kami..
Aku bersyukur lagi...
Akiba lambat masuk kerja, aku jangka dia akan masuk pukul 9.00am nanti..kerana dia perlu ambil LRT lagi....aku tgh tulis ni dia sms lagi baru sampai brickfield 8.25am
bayangkan dia naik bas 6.50am tadi

Allah tingkatkan kesabaran hambamu yang kerdil
Bagi yang membaca blog ini..adakah anda sama seperti aku.. yang kurang bersyukur dengan nikmat Allah dan sentiasa meminta yang lebih sedangkan untuk Allah.. belum tentu ukurannya kita laksanakan..
Subhanallah..Walhamdulillah..WallailahaillahhaWallahuAkbar...

Thursday, February 26, 2009

Perempuan Berlagak

Tajuk macam aku bencikan seseorang kan?
Takde lah..
Aku mana pandai benci kat orang..
Sampai hubby pun kata hati aku macam agar-agar
Sampai org sms kat aku hina dan kutuk aku, aku boleh senyum dan balas dengan kalimah yang begitu sedap di dengar..lemak merdu lagi

Hehehe sampai org tu hilang akal nak mengata aku lagi
Takpela tu cerita lama..
Dah berkubur..
Ni nak citer pasal perempuan yang berlagak
Aku agak tak suka dengan siapapun yang berlagak, ego, sombong atau perkara yang sewaktu dengannya
Bagi aku orang yang berlagak ni taksedar diuntung
Dia pun sama je menumpang di bumi Allah
Mungkin ya la dia sombong sebab cantik ke, kaya ke, laki dia kaya ke, hensem ke WHATEVER la kan

Aku agak terEMOSI tgk citer SPA Q sebenarnya
watak2 pompuan dalam tu eksyen giler
apsal pompuan digambarkan sebegitu rupa..
Betul ke dalam donia ni suma org berlagak ya amat
Ayuuuuu nyampah la mak camni tau..

Aku terusik scene Norell sergah Marlia
sedangkan dia yg bersalah curik duit SPA Q

erm.. si Sofiera tu lak penghasut
eii dalam hidup aku tak penah le jumpa lagi wanita2 berwatak macam dalam SPA Q ni
sampai daku heran apa betul ke ada manusia camgini
Hrm... apa lagi aku nak cakap eh..

Amugerah Dari Kegagalan..

Terdengar Lagu Dato' Shake
Anugerah Dari Kegagalan

Nice sentence
nanti leh buat tajuk drama..
Macam-macam yang kita leh dapat dari sebuah kegagalan..

Wednesday, February 25, 2009

Berbicara Dengan Alam










Akhir-akhir ni hujan turun setiap hari
Samada masa aku nak gi keje atau nak balik keje
Ermm...ni lah dugaan hidup aku yang tak punya kenderaan sendiri
Naik turun bas macam ni
Pagi tadi tahan taxi semua tak nak hantar aku,
Sebab dekat sgt..diorang nak hantar yg jauh2
Lagipun ramai yang nak teksi

Sebagai hambaNya aku redha je la

Nasib Seorang Penulis

Hrm.. nak luahkan perasaan..
Macam ni lah nasib seorang penulis..
Bila keje dah selesai tapi payment buat-buat tak tahu
Dah janji 3 minggu, punya la siksa tunggu 3 minggu
sampai saat aku kene marah sbb mintak hak aku...
Erm.. Ya Allah ya Tuhanku..
Hanya kau lah dapat mengubah segalanya
Amin..

Tuesday, February 24, 2009

Skrip

Tadi Razim call tanya nak tak joint dia buat skrip Pasir Salak
Aku nak ajer lah.. hehehe
tapi aku kene bincang dengan dia
dia nak cari 5 writer semuanya colaborasi dengan dia
Aku okay je..

InsyaAllah ada rejeki kami