Wednesday, April 8, 2009

Cerita..

Macam- macam cerita yang berlaku di sekeliling hidup aku
Tapi aku tak tahu nak ambik yang mana dibuat skrip

Erm.. citer dan kisah biasa yg macam klishe....

Thursday, April 2, 2009

Nasib Seorang Isteri

Beberapa harini daku buat research di internet
Kesian dengan nasib malang isteri2 yang tidak dilayani dengan adil oleh suami mereka
Dan aku amat bersyukur dikurniakan suami yang baik.. Mentua yg baik..dan penyayang..

Agak-agaknya kenapa semua ini terjadi?
Dimana silap dan salah?
Apakah ini harga yg perlu dibayar untuk menjadi seorang isteri...
Erm...Simpati lagi pada Sham..

Nak Hidup....

Lama dah tak menulih sebab kat umah internet sedikit mengong..
Harini daku terpikir.. Manusia ni kadang tu sanggup buat apa saja untuk hidup..
Nak lepaskan tengkuk sendiri sanggup patahkan tengkuk orang
Dan Allah itu maha pengasih.. naluri ku dah dapat rasakan denyutan dan gelodak perasaan org itu..
Sejak 2 minggu daku cuba mengelak dan buat derkk bila dia cerita psl org tu org ni kat aku...
Akhirnya tadi aku tercium juga bila boss aku kata
Start from today, if anybody do not follow my instruction, somebody will be fired!

sapa lagi tu? aku la kan?? tapi aku tak takut langsung sebab aku tak buat salah!!
Aku relax ja..

Friday, March 13, 2009

Suspen Thriller

Erm.. project terbaru

tgh buat sinopsis ni..

Cinta Rama-Rama TV2 Isnin -Khamis 1.30pm

Drama Cinta Rama-Rama sudah disiarkan
dan masih disiarkan
Start 1.30pm-2.00pm setiap isnin-khamis di TV 2
Kepada semua yang ada kesempatan boleh la tengok

Tuesday, March 3, 2009

Citer Seram

Dah berapa minggu daku dok buat sinopsis ni tak siap2 lagik
Mula-mula pengarah kata tak seram
Bila dah kumpul banyak data pasal hantu
Jadi banyak le pulak hantu

Cemana nak wat ni

Friday, February 27, 2009

Air Mataku Menitis..

Hari ini air mata aku menitis buat kesekian kalinya
Aku menangis di tempat kerja
Bukan kerana sedih
Tapi kerana terlalu marah
Aku rasa aku diperlakukan secara tidak adil
Aku rasa kesabaranku dicabar dengan begitu tragis
Inilah dinamakan manusia
Andai manusia lain sabar
Dia akan terus menekan dan menekan
Sehingga terhakisnya kesabaran itu

Sampai tahap ini aku sudah tidak tahan
Aku nekad kali ini..
Hanya masa yang akan menentukan
Moga Allah beri kekuatan pada diriku
Amin..