Sunday, February 22, 2009

Dia tu..

Semalam aku kisahkan pada suami tentang dia tu
Sejak mula aku jumpa dia, dia mmg macam tu
Bila aku jumpa lagi, dia dah berubah, penampilan dia mengalahkan artis
Tapi kan yg tak berubah hanyalag perangai dia tu
Kenapa mesti berlagak?
Eksyen dia semacam beb..
Lalu suami berpesan padaku
Sayang nanti kalau dah berjaya sebagai penulis, jangan lah jadi macam tu
Jangan cepat lupa diri
Ingatlah bahawa kita tetap manusia biasa
Allah yang memberi ilham..
Kita jalankan tanggungjawab menulis untuk memberi mesej kepada penonton
Agar penonton dapat pengajaran
Kita perlu ada wadah perjuangan
Bukan macam artis yg mengejar glamour
sudahnya apa pun tak ada
InsyaAllah aku ingat pesanan suami..
Pesanan tu buat aku kata pada diriku
Alangkah ruginya kalau aku berlagak macam dia
kerana ia akan menutup peluang buat kita
Andai merasakan diri kita sudah bijak.. sudah tentu orang tak nak ajar lagi..

Semalam juga aku tgk drama dia
First dan second scene dah buat aku rasa jemu..
Pendek kata membuatkan tangan mencari remote nak tukar channel
Ini yg ditakuti oleh seorang penulis
itu tanda kegagalan kita menarik minat orang
Ada benar kata Mat London
1st scene mesti ada JUMP supaya menarik minat penonton MELEKAT pada cerita kita
Dan jangan sesekali memperbodohkan penonton dengan scene scene bodoh
dan kalau nak buat lawak, biar lawaknya spontan..jangan lawak bodoh
Aku tak taulah kalau cerita tu bagus, sebab aku tak tgk pun sampai habis
Tapi suamiku tak putus asa, dia bukak semula channel tu dan sambung tgk lagi
Tapi amat mengecewakan, dah setengah jam pun belum jumpa inciting incident habis tu nak kata apa..
Tutup je la TV
kalau itu lah hasilnya... erm.... compare dengan sikap dia masa aku jumpa...
Bak kata Nabil.. Lu PK la sendrik!!

No comments:

Post a Comment