Lately di kaca TV banyak sangat kes tuntut menuntut..
Bukan lah aku ni nak jadi penyibuk.. Tapi bila aku tengok keberanian wanita ni dah macam lain jer..
Dah berlawan dengan lelaki..
Ish.. menakutkan...
Macam selari dengan cerita yang aku buat
Wanita yang terasa bijak, menyuarakan dan melaungkan hak
Sampai satu tahap memprovoke hingga lelaki tak mampu diam lagi
Akhirnya lelaki bersuara
Apabila lelaki mula bersuara
Yang terbongkar hanyalah rahsia
Yang membuka keaiban belaka
Kenapa harus jadi begitu...
Sedangkan semua dulu indah belaka
Ini agaknya pesanan ibuku
Sejak aku kecil dulu
Jangan terlalu kuat melatah, Jangan kuat sangat memberontak
Jangan selalu sangat bersuara
Kerana semuanya bakal memakan diri
Wanita yang bijak adalah wanita berilmu
Ilmu rumahtangga sebelum melangkah ke arahnya
Ilmu memikat suami ketika berada dipermulaannya
Ilmu mendidik anak-anak ketika selesa berada di sana
Ilmu begini senantiasa mendaulatkan suami
Andai meletakkan suami di tempat yang pertama..
Allah akan senantiasa pelihara
jiwan dan segala isi rumahtangga
Amka keberkatan sentiasa bersama
Kebahagiaan berpanjangan selamanya
Amin...
Terima kasih ibuku kerana memberiku didikan rumahtangga
ditambah dengan pengisian contoh wanita dikasihi selamanya
Aku bukan sempurna
Namun aku nampak jalan-jalannya
Andai Allah menduga Itu tanda kasih dan sayangnya
Bukanlah salah siapa-siapa
api hikmah adalah untuk kita..
Amin..
Sunday, February 22, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment