Friday, February 27, 2009

Titisan Hujan

Titisan hujan ni selalu ditafsirkan dengan pelbagai presepsi dan penerimaan
Semalam daku buka mata.. lebih kurang pukul 2.00am macam tu
Aku terdengar titisan hujan yang jatuh ke atas bumbung awning sebelah bilik tidurku
Aaaaa hujan... sedapnya tidur.. tarik selimut. Aku sambung tidur dengan nyenyak dan nikmat sekali

Pagi ni masa kat bus stop hujan turun lagi..
Lebat plak tu..
Alamak hujan.... cemana nak dapat teksi ni
hatiku mula berkata-kata..
Sebelah imanku kata..Jangan bicara begitu, kerana semalam titisan hujan tu beri nikmat padamu
Sekejap bas pun datang.. dalam bas penuh sesak makhluk TUhan bernama Manusia..
Yang semuanya nak keluar mencari rezeki, mencari sesuap nasik.
Pada telahanku mereka lebih jauh perjalanan.. majoritinya ke KL seperti suamiku
Mereka lebih awal berada di dalam bas itu, walaupun jam di HPku menunjukkan 7.20am
Pukul berapa mereka naik bas agaknya?? Mungkin sama dengan suamiku
So .. apa yang aku keluhkan.. bukan aku sorang naik bas..
Macam sardin dan padat gile bas tu..
Bayangkan aku boleh terasa degupan jantung manusia yg berada di belakangku
Betapa sardinnya..

Sampai di jalan besar
Aku turun.. hanya aku seorang, bas sardin meninggalkan aku dalam hujan lebat
Tapi tak apa.. aku ada payung
Aku tahan teksi utk masuk ke pejabatku yg sejak 30 tahun dulu dah ada kawasan tu tapi mmg takde bas
Satu--dua--tiga-- sampai ke sepuluh
semuanya dah ada orang
Sampai ke teksi yg keberapa belas aku tak ingat
Rupanya Pak Cik yg selalu hantar aku, hakikatnya dia lalu di kawasan rumah aku sebelumnya kerana menghantar cucu kesekolah.
Kalau aku tak naik bas sardin tadi, sudah pasti aku naik teksinya
Tapi tak apalah.. Allah dah tentukan aku naik bas sardin
Pak Cik cerita psl susahnya cari makan bawak teksi
Sekali lagi aku bersyukur aku ada pendapatan tetap walaupun tak banyak aku keje tepat 8 jam kadang2 je lebih sejam kalau aku sampai awal
Pak Cik terpaksa kerja 17 jam untuk dapatkan rezeki di bawa balik ke rumah, sewa teksi, isi gas makan dan minum dia...
Allah berkati Pak Cik... yang sudi menghantar TitisanJiwa ke pejabat dengan tujuan yang sama mencari rezeki

Ermm.. betapa sinonim rahmat Allah SWT dengan hujan dan rezeki.. sebab itu org kata hujan bawa rahmat.. Aku belajar untuk jadi insan yg lebih bersyukur
Sampai di pejabat tepat jam 8.00am
suamiku sms.. dia baru sampai kat Balai Polis Petaling.dah sejam dia menyadinkan diri dalam bas
Sekali lagi Allah berkati suamiku.. yang berjuang mencari sesuap nasi untuk kami..
Aku bersyukur lagi...
Akiba lambat masuk kerja, aku jangka dia akan masuk pukul 9.00am nanti..kerana dia perlu ambil LRT lagi....aku tgh tulis ni dia sms lagi baru sampai brickfield 8.25am
bayangkan dia naik bas 6.50am tadi

Allah tingkatkan kesabaran hambamu yang kerdil
Bagi yang membaca blog ini..adakah anda sama seperti aku.. yang kurang bersyukur dengan nikmat Allah dan sentiasa meminta yang lebih sedangkan untuk Allah.. belum tentu ukurannya kita laksanakan..
Subhanallah..Walhamdulillah..WallailahaillahhaWallahuAkbar...

1 comment:

  1. camne la agaknya rupa bas sardin..tin sardin tau la..ehehehe

    ReplyDelete